Isnin, 5 Oktober 2009

Mari Berdoa' Ketika Senang Dan susah

INGATILAH ALLAH SEWAKTU SENANG
NANTI ALLAH MENGINGATI KITA
SEWAKTU SUSAH : MARI BERDOA

Sabda Rasulullah SAW:
"Mahukah aku beritahukan kepadamu suatu senjata yang dapat melindungimu dari kejahatan musuh dan agar rezekimu bertambah?" Mereka berkata, "Tentu saja wahai Rasulullah." Beliau bersabda, "Serulah Tuhanmu siang dan malam, Kerana 'doa' itu merupakan senjata bagi orang yang beriman."
Sahih Bukhari, Jilid 8, Buku 75, Nombor 351.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,Selawat dan salam serta puji-pujian kepada Rasulullah SAW…
“Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim,
Ampunkanlah dosa-dosa kami,dosa isteri dan anak-anak kami dan seluruh keluarga kami”
“Ya Allah,Ya Tuhan kami,
Ampunkanlah dosa kedua ibu-bapa kami,guru-guru kami dan mereka yang mengenali kami ya Allah”
“Ya Allah,ya Tuhan kami,
Berilah bantuan dan selamatkan orang Islam, selamatkan anak-anak orang Islam di Palestin ya Allah”
“Ya Allah Ya Tuhan kami”
Hancurkanlah mereka yang ingin menghancurkan Islam,hancurkankanl ah tentera Israel laknatullah dan sekutu-kutu mereka”
“Ya Allah,ya Tuhan kami,
Hancurkanlah kekuatan yang ada pada mereka Ya Allah sebagaimana Engkau menghancurkan tentera kuffar dalam peperangan Ahzab pada zaman Rasulullah SAW”
“Ya Allah,ya Tuhan kami,
Binasakanlah mereka yang ingin memadamkan kebangkitan Islam,musnahkanlah segala jentera dan alatan peperangan yang ada pada mereka ya Allah”
“Ya Allah,ya Tuhan kami,
Kacau bilaukan perancangan mereka yang memusuhi perjuangan Islam,hinakanlah mereka”
“Ya Allah,ya Tuhan kami,
Kurniakan kemenangan dunia dan akhirat kepada para pejuang Islam di seluruh dunia,setiap masa dan ketika”
“Ya Allah ya Tuhan kami,
Kami minta bantuan dan perlindungan dariMu untuk mengalahkan nafsu-nafsu yang tidak baik”
“Ya Allah ya Tuhan kami,
Dekatkanlah diri kami dengan perkara –perkara yang mendekatkan diri kami denganMu”
“Ya Allah ya Tuhan kami,
Terimalah ibadat kami yang sedikit ini”
“Ya Allah ya Tuhan kami,
Terimalah ibadat kami yang tidak sempurna ini”
“Ya Allah ya Tuhan kami,
Janganlah dikau uji kami dengan ujian yang tidak mampu kami hadapi”
“Ya Allah ya Tuhan kami,
Ketika ini Engkau kumpulkan kami dalam ukhuwwah Islam,maka Engkau kumpulkanlah pula kami disyurgaMu ya Allah”
“Ya Allah ya Tuhan kami,
Sedikitnya amalan kami kepadaMu,banyaknya dosa kami kepadaMu”
“Ya Allah ya Tuhan kami,
Jauhnya kami dari SyurgaMu ya Allah,dan rasa dekatnya kami kepada NerakaMu ya Allah,ampunilah kami”
“Ya Allah ya Tuhan kami,
Sesungguhnya rahmatMu mengatasi kemurkaanMu ya Allah dan kami mengharapkan rahmatMu Ya Allah”
” Ya Allah ya Tuhan kami,
Kami takutkan azab nerakaMu Ya Allah namun masukkanlah kami ke dalam syurgaMu dengan RahmatMu ”
Allahumma ya Allah ya Tuhan kami,
Sebagaimana Engkau mengetahui ajal kami amat hampir untuk berjumpa denganMu ya Allah,maka berkatilah baki-baki umur yang ada pada kami ini untuk mentaati perintahMu”
” Ya Allah ya Tuhan kami,
Tolonglah kami dalam menghadapi sakitnya sakaratul maut,tenang dan mudahkanlah sewaktu dicabut nyawa kami”
” Ya Allah ya Tuhan kami,
Dan setelah kami meninggal dunia ini ya Allah,Engkau tinggalkanlah kepada kami zuriat yang soleh dan solehah,anak- anak yang berbakti dan mentaati perintahMu ya Allah”
” Ya Allah ya Tuhan kami,
Kurniakanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah,yang sentiasa mendoakan kami”
” Ya Allah ya Tuhan kami
Jauhkanlah dari kami sifat mazmumah seperti ujub,sum’ah,riya’,takbur dan jadikanlah kami dapat beramal dengan amalan soleh,amalan sifat mahmudah”
” Ya Allah ya Tuhan kami,
Lapangkan dan jadikanlah kubur kami salah satu dari kebun-kebun syurga dan janganlah Engkau menjadikan kubur kami salah satu dari lubang-lubang neraka”
” Ya Allah ya Tuhan kami,
Hisablah diri kami dengan hisab yang mudah dan golongkanlah kami dalam golongan yang sedikit yang dapat masuk ke syurgaMu”
” Ya Allah ya Tuhan kami,
Kurniakanlah kami kebaikan hidup di dunia yang fana’ ini dan kebaikan di hari akhirat,hari segala amalan ditunjukkan”
” Ya Allah ya Tuhan kami,
Perkenankanlah permintaan ini.Restuilah ya Allah atas Nabi Muhammad SAW,ahli keluarga baginda dan sahabat baginda seluruhnya.Wal hamdulillah rabbil alamin.
*gunakan“senjata” yang ada ini untuk kebajikan dan kebaikan umat ISLAM keseluruhannya. .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan